About Me

My photo
The aim of the wise is not to secure pleasure, but to avoid pain.

Thursday 22 September 2011

Kata Pemeri


Mari kita belajar untuk menambahkan ilmu di dada..

Kata pemeri


Kata pemeri ialah kata yang yang bertugas memeri hal atau merangkaikan frasa utama

dalam predikat dengan frasa subjek. Terdapat dua jenis kata pemeri, iaitu ialah dan

adalah.Kata pemeri tergolong dalam kata tugas.

Penggunaan kata pemeri
Pada umumnya, kata pemeri 'ialah' hadir di hadapan frasa nama, manakala 'adalah' hadir
di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Kata pemeri juga pada umumnya tidak 
boleh hadir bersama-sama kata nafi, kecuali dalam binaan kata nafi dan frasa adjektif. Selain
itu kata pemeri turut tidak boleh hadir di hadapan frasa atau kata kerja.
Penggunaan kata pemeri amat terbatas, dan sebenarnya kurang digalakkan dalam
pembentukan ayat-ayat bahasa Melayu.
Perbezaan penggunaan ialahadalah dan merupakan

Kata pemeri 'ialah' berfungsi membuat takrifan. Kata ini menghubungkan subjek dan

 predikat yang seimbang. Contoh:

  • Angin ialah udara yang bergerak.
  • Demokrasi ialah sistem pemerintahan yang didasarkan kepada rakyat.
Kata pemeri 'adalah' pula memberi huraian atau penjelasan mengenai subjek. Kata
ini menghubungkan subjek
dengan predikat yang menjadi huraiannya, contoh:
  • "Surat itu adalah untuk ibu saya di kampung".
  • Melihat filem adalah dengan mencari tema dan persoalannya".
Merupakan tergolong dalam kata sendi. Fungsi 'merupakan' menunjukkan makna 
seperti, contoh:
  • "Beliau merupakan salah seorang negarawan agung Melayu".
  • "Perbuatan mencuri merupakan kesalahan serius".

KATA PEMERI -   IALAH  DAN ADALAH
KATA pemeri merupakan salah satu aspek tatabahasa yang amat penting, walaupun
penggunaannya amat terbatas dan tidak digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu.
Namun, pengguna-pengguna bahasa Melayu sering keliru akan penggunaan kata pemeri
yang betul.


Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek
dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Dalam bahasa Melayu, terdápat dua bentuk kata pemeri,
iaitu "ialah" dan "adalah".


Menurut Kamus Dewan (halaman 439), kata pemeri 'ialah" bermaksud:
(1) kata penghubung yang menerangan kata atau ayat yang di depan;
(2) kata penghubung yang mendahului ayat
yang menyatakan sebab terjadinya sesuatu. Sementara kata pemeri "adalah" bermaksud:
(1) 'sesungguhnya' (digunakan pada permulaan ayat, kenyataan dan sebagainya);
(2) ia bermaksud "ialah" (untuk menghubungkan sesuatu yang diperkatakan dengan huraian, 
penjelasan, dan sebagai yang mengenainya.



A.    Kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama. Contohnya;



(i)                 Warna pinang masak ialah warna kegemaran ibu saya.

(ii)               Salah satu masalah yang sedang dihadapi oleh negara kita ialah kekurangan
                tenaga pekerja

(iii)             Bangunan di hadapan sekolah saya ialah kelab masyarakat Bedok.



B.          Kata pemeri adalah boleh hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contohnya ;

(i)                 Kenyataan yang diberi oleh guru itu adalah sangat penting
(ii)               Fungsi utama tulang adalah sebagai pelindung organ utama seperti jantung
               dan paru paru.
(iii)             Hadiah yang di atas meja itu adalah untuk ibunya yang meyambut hari lahirnya.

Perhatikan kata pemeri "ialah" dalam ayat-ayat yang berikut: 
(i) Bangunan yang tinggi itu "ialah" kompleks membeli belah.

(ii) Salah satu masalah yang sedang dihadapi oleh negera-negara
      membangun "ialah" kekurangan tenaga kerja profesional.

(iii) Antara perkara yang diutarakan dalam mesyuarat itu "ialah" peranan Bahasa Melayu dalam
        pembangunan luar bandar.

(iv) Fotosintesis "ialah" satu proses tumbuhan-tumbuhan membuat makanannya sendiri.

Sekarang perhatikan penggunaan kata pemeri "adalah" dalam ayat yang disenaraikan berikut:

(1) Banjir kali ini "adalah" banjir yang paling besar pada tahun ini.

(ii) Keputusan itu "adalah" tidak adil.

(iii) Sumbangan terbesar Sultan Abu Bakar "adalah" pemodenan negeri Johor.

(iv) Tuntutan para pekerja di kilang itu untuk kenaikan gaji "adalah" tidak wajar.

Pada umumnnya, kata pemeri  tidak boleh hadir bersama-sama kata nafi.

Contoh:

(i) Pelajar-pelajar yang kena tangkap itu "ialah" bukan pelajar-pelajar dan sekolah kami.

(ii) Siswazah yang baru lulus itu "ialah" bukan untuk kakitangan kerajaan.

Selain penjelasan di atas, perlu juga diingatkan bahawa kata-kata pemeri lazimnya tidak boleh
hadir di hadapan frasa kerja atau kata ketja. Oleh yang demikian, penggunaan kata pemeri
"adalah" dalam ayat-ayat berikutdianggap menyalahi tatabahasa Bahasa Melayu:

(i) "Adalah" dimaklumkan bahawa permohonan tuan telah diluluskan.
(ii) "Adalah" diisytiharkan bahawa han Raya Puasa jatuh pada han Rabu.
(iii) Kemalangan jalan raya "adalah" disebabkan oleh kecuaian pemandu.
(iv) "Adalah" dimaklumkan bahawa tanikh pilihan raya telah ditetapkan pada han Selasa.

Ayat-ayat yang salah di atas seharusnya berbentuk seperti yang berikut:

(i) Dengan ini "dimaklumkan" bahawa permohonan tuan telah diluluskan.
(ii) Dengan ini "diisytiharkan" bahawa Han Raya puasa jatuh pada han Rabu.
(iii) Kemalangan jalan raya "disebabkan" oleh kecuaian pemandu.
(iv) Anda "dimaklumkan" bahawa tanikh pilihanraya telah ditetapkan pada han Selasa.

Satu lagi aspek menarik dalam kata pemeri, iaitu "ialah" dan "adalah" tidak perlu wujud
dalam sesuatu ayat, yakni kata pemeri ini boleh digugurkan, contoh: 

(i)     Gadis yang jelita itu "ialah" anak Pak Mat.
(ii)    Pakaian yang dipakai oleh Ali itu adalah terlalu mahal.

Sebagai penutup, penggunaan kata pemeri itu terbatas, dan amat tidak digalakkan dalam
pembentukan ayat Bahasa Melayu,  tetapi ramai pelajar masih menggunakannya tanpa
mengetahui cara penggunaanya yang sebenar. Dengan penerangan di atas diharapkan,
para pelajar dapat mengetahui cara penggunaanya dan akan menggunakannya dengan lebih jitu.

No comments:

Post a Comment