About Me

My photo
The aim of the wise is not to secure pleasure, but to avoid pain.

Friday 23 September 2011

Ulang kaji Komsas SPM 2011


SOALAN RAMALAN KOMSAS SPM 2011

Ramalan SPM 2011 KOMSAS : Gurindam Tonggak Dua Belas 


Hendak pandai menghargai masa,
Jangan dinanti esok lusa.

Ketekunan akan membawa kejayaan,
Kegigihan bekerja dengan keupayaan.

Wajah ceria keseronokan bekerja,
Usah berduka bermuram durja.

Hidup dalam kemuliaan kesederhanaan,
Bertindak dengan penuh kebijaksanaan.

Ketinggian peribadi jadi amalan,
Ketelusan hati jadi bekalan.

Kekuatan sifat baik hati,
Bertimbang rasa dan bersimpati.

Pengaruh kepimpinan melalui teladan,
Baik buruk jadikan sempadan.

Menjadi kewajipan menjalan tugas,
Walaupun sederhana tetapi tegas.

Kebijaksanaan berhemat perlu diutama,
Tidak membazir teliti saksama.

Keutamaan kesabaran fikiran tenang,
Perkara susah menjadi senang.

Peningkatan bakat diberi sokongan,
Tunjukkan kebolehan jadikan dorongan.

Nikmat mencipta budaya kreatif,
Kembangkan bakat semoga aktif.

Antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dn Pustaka, 2010

i. Apakah sikap yang dimiliki oleh individu yang menghargai masa? [2 markah]

Jawapan
i. Individu yang menghargai masa tidak akan menangguhkan kerjanya.


ii. Pada pendapat anda, apakah sikap yang harus ada pada seseorang individu yang diamanahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas? [3 markah]

Jawapan
ii. Pada pendapat saya seseorang individu yang diamanahkan untuk melaksanakan sesuatu tugasan harus melaksanakannya dengan sepenuh hati dan penuh rasa bertanggungjawab. Selain itu dia juga harus meletakkan kepentingan masyarakat di hadapan kepentingan
diriya. Seterusnya dia tidak harus menindas golongan di bawahnya dalam usahanya membereskan tugasan tersebut.

iii. Huraikan dua peringatan yang terkandung dalam puisi ini. [4 markah]

Jawapan
iii. Satu peringatan dalam puisi ini ialah kita diingatkan agar sentiasa berhemat dan tidak membazir. Selain itu terdapat juga peringatan
suapaya sentiasa bersabar dan memikirkan sesuatu perkara itu dengan tenang. 
Dalam drama berikan perhatian terhadap drama Tiang Cengal dan juga Gelanggang Tuk Wali.

Manakala dalam komsas pula penekanan harus diberi terhadap Lang Buana serta Merah silu dan Pelayaran Penuh Peristiwa.

Dalam sajak pula pelajar harus sedar bahawa sajak Di Perpustakaan dan Harga Remaja serta Wanita Zaman Ini amat popular.

Cerpen pula menyaksikan cerpen Ibu dan Ceper dan juga cerpen Memori Seorang Tua.

Novel mungkin aspek tema, persoalan,  nilai dan latar masyarakat menjadi pilihan tahun ini kerana tahun pertama novel yang baru ditanyakan dalam peperiksaan pula. 


2 comments:

  1. Tak ado ko soalan yang latest? Kak lang, invite la sekali anak2 buah yang lain...tau ko camno caro nak invite bebudak nie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lamo dah soalan ni x bojawab��������

      Delete